Pantai Desaru, Kota Tinggi
Pantai yang tidak asing di kalangan pelancong ini terkenal dengan pasir yang putih, di samping pemandangan menghadap Laut China Selatan. Terdapat pelbagai kemudahan resort di sepanjang pantai, Desaru merupakan kawasan tumpuan untuk keluarga bercuti. Berbagai-bagai aktiviti menarik boleh didapati di sini seperti snorkeling, jet ski, dan parasailing.
Bagi peminat aktivtiti surfing, anda boleh berkunjung ke sini pada Disember hingga Februari di mana pada waktu itu ombak agak kuat dan sesuai untuk aktiviti peluncuran. Selain itu, anda boleh melihat kunang-kunang di Sungan Lebam pada waktu malam untuk melengkapkan percutian anda di sini.
Lokasi: Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi
Map : 1.545392, 104.262232
0 comments