Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi
Ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan lebih 100 ekar ini menawarkan pengalaman kepada para pengunjung untuk mengenal dengan lebih dekat akan kekayaan buah-buahan tempatan. Mempunyai lebih 100 jenis buah-buahan yang segar, ladang ini juga menyediakan zoo mini, kolam ikan koi, dan lain-lain tarikan. Pengunjung berpeluang untuk memilih buah pilihan sendiri sambil dibantu oleh staf ladang.
Antara buah-buahan berkualiti tinggi yang terdapat di sini ialah durian, durian belanda, jambu madu, jambu batu, limau madu dan berbagai-bagai lagi. Terdapat pelbagai pakej lawatan disediakan di sini, anda boleh memilih untuk menyertai lawatan separuh hari atau bermalam di sekitar chalet yang disediakan.
Lokasi: no. 92, 82200 Kota Tinggi, Johor
Waktu Operasi: 9 pg – 6.30 ptg
Harga Tiket: RM10
1.583901, 104.193541
0 comments